Cara Buat Poster Menarik
- Contrast / Kontra
- Anda perlu bermain dengan warna dalam setiap poster yang dihasilkan. Setiap warna yang digunakan perlulah dipadankan dengan elemen warna yang kontra supaya perkataan itu tidak tenggelam dengan warna yang salah.
- Selain itu, warna background juga memainkan peranan penting supaya warna yang digunakan lebih timbul dan senang untuk dibaca oleh orang lain dengan penggunaan warna font sangat jelas.
- Alignment / susunan
- Alignment adalah teknik penyusunan elemen gambar dan maklumat berbentuk font dalam poster agar kelihatan lebih kemas.
- Pemilihan font amat penting untuk menyesuaikan dengan susun atur dalam poster supaya tajuk yang ingin disampaikan lebih menonjol dan mudah untuk difahami. Cara penyusunan setiap maklumat perlu lebih teratur.
- Simplicity
- Simplicity adalah cara menghasilkan poster simple dengan maklumat yang jelas tanpa menggunakan ayat yang terlalu panjang agar isinya mudah difahami dan sampai kepada pembaca. Font yang digunakan dalam poster mestilah bersesuaian dengan gambar yang ingin dihasilkan supaya ia tidak tenggelam oleh gambar yang digunakan.
- Maklumat yang terlalu panjang menjadikan poster anda tidak menarik untuk dibaca kerana pembaca hanya ingin membaca isi maklumat yang disampaikan dengan mudah dan senang untuk difahami.
- Proximity
- Proximity adalah persamaan setiap ayat dan gambar yang digunakan. Sebagai contoh, poster tips membasuh tangan dengan betul. Jadi gambar yang diguna mestilah berkaitan dengan tajuk seperti seseorang sedang mencuci tangan atau langkah mencuci tangan dengan betul.
- Menggunakan gambar berkaitan dengan tajuk memudahkan lagi pembaca faham maklumat yang ingin sampaikan dengan jelas.
- Emphasis
- Emphasis adalah penekanan. Di dalam satu grafik anda tidak perlu meletakkkan terlalu banyak elemen kerana boleh mengganggu pandangan poster yang dihasilkan.
- Seperti contoh, menggunakan gambar sebatang rokok di dalam poster. Pembaca juga sudah boleh mengetahui apa maklumat yang ingin di sampaikan berkaitan merokok adalah berbahaya walaupun belum membaca secara lebih terperici.
- Repetition
-
- Di dalam poster , anda perlu pandai bermain dengan warna, jenis font dan juga bentuk / gambar yang digunakan untuk menghasilkan poster yang menarik.
- Tips dari segi pemilihan warna pula adalah jangan mempelbagaikan pengunaan warna.
- Selain itu, jangan terlalu banyak menggunakan jenis font yang berbeza-beza kerana jenis font yang berlainan jenis boleh menjejaskan pandangan di dalam poster itu .
- Akhir sekali, penggunaan bentuk dan gambar juga perlu di titik beratkan. Jika anda bertemakan gambar di dalam poster berbentuk bulat, pastikan semua jenis gambar dihasilkan berbentuk bulat.